Hero banjir kesayangan Malaysia, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar berkongsi pengalaman manis dan pahit sepanjang dalam misi penyelamatkan mangsa banjir di SK On Air yang bersiaran langsung di Siakap Keli TV
Ceritanya, kenangan manis hanya satu sahaja apabila dia berjaya menyatukan keluarga yang terpisah semasa banjir ke pusat pemindahan banjir.
“Keadaan itu sangat sedih dan itu menjadi kenangan pahit bagi saya”
Katanya lagi, cabaran semasa menyelamat mangsa-mangsa ini menjadi kenangan pahit baginya kerana kekangan bot yang kecil terpaksa memisahkan keluarga semasa dalam misi penyelamat itu.
Sumber: Siakap Keli TV