Beregu utama negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya mengejutkan pasangan no.1 dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo diperingkat suku akhir acara badminton di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Walaupun di atas kertas pasangan Indonesia itu dilihat tidak mempunyai masalah untuk menundukkan pasangan dari Malaysia, namun bila di atas gelanggang semuanya tidak mustahil berlaku.
Gideon dan Sukamuljo tampak agak tertekan sepanjang perlawanan ini. Banyak kesilapan yang dilakukan dan Aaron-Wooi Yik tidak sedikit pun melepaskan peluang yang ada untuk menghukum pasangan Indonesia itu jika melakukan kesilapan.
Beregu Malaysia bermain dengan penuh yakin dan bersemangat pagi ini sehingga aura semangat itu mampu menumbangkan beregu no.1 dunia.
Aaron dan Wooi Yik menumpaskan pasangan Indonesia itu dengan keputusan straight set 21-14 dan 21-17. Selepas semalam kejutan berlaku apabila Kento Momota tersingkir di ‘rumah’ sendiri, hari ini Malaysia berjaya menghampakan pasangan no.1 dunia itu.
Aaron dan Wooi Yik layak ke separuh akhir dan masih belum tahu siapa lawannya di Separuh Akhir nanti. Semoga kejayaan milik kita di Olimpik Tokyo 2020.