Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 10 malam ini.
Data terkini yang dikeluarkan adalah pada pukul 7 malam sebentar tadi.
Di Kedah, kawasan dijangka terjejas dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah di Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Manakala seluruh Pulau Pinang, Perak dan beberapa kawasan di Pahang seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera turut dijangka situasi sedemikian.
Sementara itu, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang juga dijangka melanda sebahagian besar Zon Tengah iaitu dari seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan sehinggalah ke Melaka.
Malah di Zon Selatan, beberapa kawasan di Johor juga turut dijangka terlibat seperti Tangkak, Muar dan Batu Pahat.
Selain itu, kawasan turut terjejas di Sabah pula ialah di Kota Belud di Pantai Barat; Tawau dan Lahad Datu; Tongod dan Kinabatangan di Sandakan serta Kudat.
Ramalan cuaca ini dilapor sehingga pukul 10 malam nanti.
Sumber: Met MalaysiaSumber: Met Malaysia