Kalau sebut tentang sambal, hampir kesemua rakyat Malaysia amat menggemari makanan pedas berasaskan sambal. Antara sambal yang cukup terkenal di lidah orang kita ialah sambal ikan bilis, sambal hitam, sambal goreng dan banyak lagi.
Pada perkongsian resipi kali ini, seorang warga group Masak Apa Hari Ini (MAHN), Zainor Shima Ihsan baru-baru ini berkongsi resipi memasak sambal bilis kering ‘salted egg’ yang sangat terkenal dengan kerangupan dan garingnya.
Ada rasa pedas, ada rasa manis, ada juga rasa masin. Resipi yang dikongsikannya ini telah dikongsi hampir 5,000 kali setakat ini. Nampaklah ‘padunya’ tu kan? Oleh itu, mari ikuti perkongsian Zainor seperti di bawah ini. Selamat mencuba!
Resipi sambal bilis kering ‘salted egg’
Gambar: Zainor Shima IhsanDah lama tak masak stail ni. Biasa masak sambal basah ikan bilis untuk nasi lemak. Lauk sambal ikan bilis kering ni menjadi favourite saya dan kami sekeluarga. Paling best anak bawak lauk ini balik asrama.
CikMa nak share resepi sambal bilis kering salted egg. Ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering? Ala-ala macam sambal ikan bilis garing Che Nor. Jom kita kongsi resepi sambal ini.
Makan dgn nasi panas atau bubur nasi bersama telur goreng sarang/telur masin pun sodap. Sesuai untuk bekalan tambahan bila nak travel jauh. Kiranya lauk kecemasan kalau tak rajin nak masak lauk-lauk yang lain. Wow..ummphh cer gini.
Resepi sambal bilis garing/kering salted egg.
Bahan-bahan:
500 gram cili kering kerinting pedas@cili kering besar tak pedas. Nak mix cili pun ok je. (terpulang mana yang suka pedas)
500 gram ikan bilis kopek
Bawang goreng segera
Gula halus/gula pasir (dikisar)
Garam bukit (pilihan)
Serbuk cheese (pilihan)
2 ketul kiub ayam – brand Maggie
Serbuk secukup rasa – brand Maggie
Serbuk salted egg – brand Bestari
Minyak masak untuk goreng cili kering/ikan bilis/kiub ayam
Cara masak:
Basuh cili kering sekejap dan tos bagi kering. Gunting kecil-kecil. Tapis dalam bekas jaring untuk buang biji cili. Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap je. Goreng kasi garing. Jangan sampai hangus ye.
Kemudian guna hand blander atau blander kering. Kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus sehingga menjadi cili flakes.
Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada 2 bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.
Panaskan minyak. Bila dah panas, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak.
Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.
Masukkan cili kering blender, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk salted egg, serbuk cheese. (terpulang nak letak atau tidak)
Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit utk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas.
Ada rasa pedas manis masin. Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/salted egg.
Dah siap sambal kering ikan bilis garing/kering salted egg. Sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat buat semua warga MAHN.
Untuk keterangan lebih jelas, boleh ikuti turutan gambar berserta kapsyen di bawah ini.
Gambar: Zainor Shima IhsanBahan-bahan untuk sambal ikan bilis garing salted egg. Ni sebagai contoh je.
Jangan guna gula sepaket/cili kering sikit beno. Karang manis meleting pulak sambal ikan bilis ni. Agak-agak ikut sesedap rasa tekak masing-masing nak masin manis pedas.
Saya guna cili kering yang jenis BESAR dan TAK PEDAS. Anak-anak dan suami tak tahan pedas huhuhu.
Gambar: Zainor Shima IhsanCili kering yang sudah dibasuh/tos kering. Goreng kasi garing sekejap je. Jangan goreng lama nanti hangus. Cili kering bau hangit..nanti tak sedap sambal tu.
Gambar: Zainor Shima IhsanSeparuh ikan bilis goreng diblend separuh halus dan kasar ye.
Gambar: Zainor Shima IhsanDah siap dikisar ikan bilis goreng guna hand blender.
Gambar: Zainor Shima IhsanBahan-bahan cili kering/ikan bilis kasar/halus yang sudah siap kisar.
Gambar: Zainor Shima IhsanCili kering goreng untuk dikisar halus sehingga jadi cili flakes.
Gambar: Zainor Shima IhsanSiap kejadian cili kering goreng dah siap kisar halus.
Gambar: Zainor Shima IhsanGoreng 2 ketul kiub ayam Maggie dengan minyak masak 4 camca besar.
Gambar: Zainor Shima IhsanSelesai goreng hancur kiub ayam tadi. Campurkan semua bahan-bahan.
Gambar: Zainor Shima IhsanBahan-bahan sebelum digaul. Yang putih tu gula pasir yang sudah dikisar. Lagi bagus guna gula halus.
Gambar: Zainor Shima IhsanDah siap gaulan semua bahan-bahan tadi. Menarik tau warna sambal ni bila semua bahan-bahan dah sebati. Warna merah oren sambal ni.
Gambar: Zainor Shima IhsanSaya buat untuk sekilo. Dapat dalam bekas balang sederhana. Bau wangi tau. Rasa manis masin pedas.
Gambar: Zainor Shima IhsanBeli cili kering besar dah siap packing. Yang ni tak pedas tau. Tak pening kepala nak timbang balik kat rumah.
1 paket 250 gram x 2 = 500 gram
Sumber: Zainor Shima Ihsan melalui Masak Apa Hari Ini