Setiap ibu yang melahirkan anak pasti mempunyai perasaan yang berkobar-kobar menantikan kehadiran anak dengan penuh rasa syukur dan gembira. Sudah pasti mereka mengimpikan bayi yang normal sama seperti bayi-bayi lain yang dilahirkan. Namun begitu, terdapat sesetengah para ibu yang melahirkan bayi dalam keadaan pramatang atau tidak cukup umur. Tahukah anda apa itu bayi pramatang?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Pramatang bermaksud lahir tidak cukup bulan sebelum tempoh yang ditetapkan. Kelahiran bayi ini berusia 37 minggu dan boleh mendatangkan pelbagai risiko disebabkan tubuh badan masih belum cukup sempurna perkembangannya. Menurut data Orgnisasi Sedunia Kesihatan (WHO), hampir setiap tahun kadar peratusan kelahiran bayi pramatang meningkat sebanyak 5 hingga 8 peratus iaitu bersamaan dengan 15 juta di seluruh dunia. Perkara ini berlaku disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat kini terutamanya kesihatan.
Menurut kenyataan daripada laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa punca berlakunya kelahiran bayi pramatang disebabkan usia ibu terlalu muda atau terlalu tua, mempunyai komplikasi dalam kehamilan dan mempunyai tabiat suka merokok. Kenyataan tersebut juga menyatakan komplikasi bayi pramatang adalah punca utama berlakunya kematian kanak-kanak berusia 5 tahun. Sekiranya ibu mengandung menyedari petanda awal berlaku komplikasi ini, mereka boleh mendapatkan rawatan antenal sekaligus dapat meningkatkan peluang hidup bagi bayi pramatang. Oleh itu, bagi menghargai kelahiran bayi ini, hari kelahiran pramatang sedunia disambut setiap tahun iaitu pada 17 November 2020 dengan motto ”Together for babies born to soon-carring for the future”.
Sumber : GoogleTerdapat beberapa kesan yang boleh dilihat akibat komplikasi bayi pramatang:
(1) Mempunyai sistem imunisasi yang rendah
Kelahiran bayi pramatang mudah dijangkiti pelbagai penyakit disebabkan sistem imunisasi mereka yang tidak kuat. Jangkitan tersebut mudah diserap ke saluran darah yang boleh mengancam nyawa bayi. Sekiranya keadaan bayi yang dirawat di unit NICU semakin lemah, pihak rawatan akan memeriksa jangkitan bayi tersebut walaupun tidak mempunyai penyakit.
(2) Masalah paru-paru yang tidak stabil
Bayi pramatang kebiasaanya akan melalui terapi oksigen atau dipanggil artificial ventilation. Ia juga ditambahkan lagi dengan jangkitan paru-paru yang tidak menyempurnakan pembetukan organ pada bayi.
Bayi pramatang juga lebih cenderung mengalami jangkitan bronchopulmonary dysplasia yang menyebabkan bayi mempunyai keradangan sehingga menjadikan paru-paru berkembang tidak normal.
(3) Suhu badan tidak terkawal
Kelahiran bayi pramatang mudah untuk kehilangan haba dengan cepat disebabkan bayi tersebut tidak mempunyai lemak yang banyak untuk menjana haba dalam badan. Sehubungan dengan itu, bayi pramatang mendapatkan tenaga dalam mengekalkan suhu badan melalui susu ibu selain daripada mendapatkan haba tamabahan dan dimasukkan ke dalam inkubator sehingga mereka meningkat besar.
(4) Darah berkurangan
Kebiasaan penyakit yang berlaku terhadap bayi pramatang adalah penyakit kuning atau anemia. Menurut portal rasmi My Health Kesihatan Malaysia, anemia bermaksud badan kekurangan sel darah merah. Keadaan bayi bertambah teruk sekiranya banyak sampel darah merah diambil untuk dibuat ujian makmal.
Sumber : GoogleAdakah bayi pramatang memerlukan penjagaan khas?
Sebelum membenarkan bayi pulang ke rumah, bayi tersebut memerlukan penjagaan khas daripada unit rapi pihak hospital. Antaranya :
Bayi memerlukan kawalan suhu inkubator di bawah alat pemanas radian
Pemeriksaan kadar gula dalam badan secara berkala
Pengawalan pemakan bayi mengikut kadar nutrisi yang diperlukan
Memberi perlindungan kepada jengkitan disebabkan sistem imun pada bayi masih belum berkembang dengan baik
Bayi mendapatkan rawatan khas mengikut kadar keperluan misalnya seperti alat ventilasi bagi bayi yang menghadapi masalah pernafasan, menggunakan alat ultra bagi memeriksa keadaan otak, mengesan pendarahan yang berlaku dalam badan bayi dan sebagainya
Adakah bayi pramatang boleh dielakkan?
Terdapat beberapa langkah-langkah pencegahan kelahiran bayi pramatang.
Elakkan pengambilan alkohol, dadah dan rokok oleh wanita mengandung
Mengurangkan pemindahan janin bagi mengurangkan risiko kembar mengikut teknik kesuburan
Penjagaan pra kehamilan wanita mengandung yang mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang
Apakah yang perlu dilakukan oleh para ibu kepada bayi pramatang selepas discass?
(1) Meneruskan pengambilan ubat-ubatan yang dinasihatkan oleh doktor terutamanya vitamin dan zat besi.
(2) Menjaga pemakanan yang diperlukan oleh bayi. Para ibu memerlukan kesabaran yang tinggi kerana bayi pramatang agak sukar menerima susu badan ibunya dan ia memerlukan masa yang agak lama untuk menerima susu badan. Oleh itu, para ibu dinasihatkan menggunakan susu formula khas pramatang supaya dapat memenuhi keperluan nutirisi harian oleh bayi pramatang.
(3) Menjaga jarak dengan kesesakan orang ramai bagi mengelakkan kanak-kanak mudah dijangkiti batuk atau selsema.
Oleh itu, ibu bapa yang mempunyai bayi kelahiran pramatang tidak perlu rasa kesal atau sedih. Mereka mungkin akan beri sinar dalam keluarga suatu hari nanti. Di Malaysia, bayi pramatang mempunyai peluang yang tinggi untuk hidup. Mereka hanya perlu mendapatkan rawatan rapi dan penambahan nutrisi. Justeru, kehidupan mereka sama seperti bayi lain jika ibu bapa dan ahli kelurga dapat menjaga dengan baik.
Rujukan:
(1) Dato’ Dr. Lim Nyok Ling (2012) Bayi Pramatang. Sumber dipetik daripada http://www.myhealth.gov.my/bayi-pramatang/
(2) The Asian Parent Malaysia. (2020) Perkata Penting Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Kelahiran Bayi Pramatang. Sumber dipetik daripada https://my.theasianparent.com/kelahiran-bayi-pramatang
(3) The Asian Parent Malaysia (2017) 2 Doktor Dipecat Selepas Disahkan Bayi Pramatang Ini Mat, Tapi Dia Masih Hidup! Sumber dipetik daripada https://my.theasianparent.com/komplikasi-bayi-pramatang
(4) Asmahanim Amir (2015) Bilangan Bayi Dilahirkan Pramatang Meningkat Kerana Perubahan Gaya Hidup Semasa. Sumber dipetik daripada https://www.ukm.my/news/Latest_News/bilangan-bayi-dilahirkan-pramatang-meningkat-kerana-perubahan-gaya-hidup-semasa/
(5) Lulu Musa Muhe (2016) The number of premature baby deaths is still too high. What can be done about it. Sumber dipetik daripada https://theconversation.com/the-number-of-premature-baby-deaths-is-still-too-high-what-can-be-done-about-it-67534
(6) Mohammad Nazri Zolkafli (2020) Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang. Sumber dipetik daripada https://hellodoktor.com/keibubapaan/penjagaan-kanak-kanak/bayi-lahir-pramatang-13-komplikasi/#gref
(7) Azma Ml (2018) Fahami Tentang Bayi Pramatang & Risiko Kesihatan. Ini Sebabnya Mereka Terus Dipantau. Sumber dipetik daripada https://www.majalahpama.my/fahami-tentang-bayi-pramatang-risiko-kesihatan-ini-sebabnya-mereka-perlu-terus-dipantau/
(8) Healthy Children.Org (2019) Caring for a Premature Baby: What Parents Need to Know. Sumber dipetik daripada https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/preemie/Pages/Caring-For-A-Premature-Baby.aspx
(9) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, 2020Sumber dipetik daripada https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10157511055456237/