Gigih Nak Menipu, Pelajar Undang-undang Kantoi Bawa Masuk Pen Berukir Jawapan Dalam Dewan Peperiksaan
Seorang tenaga pengajar di salah sebuah sekolah undang-undang di Sepanyol baru-baru ini telah berkongsikan salah satu helah bijak yang digunakan oleh salah seorang pelajarnya untuk menipu dalam ujian peperiksaan. Difahamkan, pelajar tersebut telah menggunakan pen BIC yang diukir dengan tulisan artistik.
Yolanda de Lucchi, seorang guru di Universiti Malaga telah kongsikan perkara tersebut menerusi gambar yang dimuat naik di laman Twitter miliknya. Ketika itu, dia sedang membersihkan laci meja dan terjumpa pen-pen tersebut yang dirampas satu ketika dulu.
Beberapa tahun yang lalu, salah seorang pelajarnya cuba menipu dalam ujian peperiksaan dengan ukiran halus berkaitan Tatacara Undang-undang Jenayah pada sebatang pen BIC. Tulisan-tulisan itu benar-benar menunjukkan kegigihan pelajar ini dalam usahanya untuk menipu.
Memetik Oddity Central, tujuan wanita itu berkongsi hal tersebut pada asalnya hanya bertujuan untuk berkongsi dengan rakan sejawatan yang lain, namun ‘kicauan’ tersebut telah menarik perhatian orang ramai dengan 28,000 tanda suka dan puluhan ribu ‘re-tweet’.
Menariknya, salah seorang individu membalas hantaran tersebut dengan mendakwa bahawa dia mengenali pelajar yang mencipta helah tersebut dengan menyiarkan gambar dengan pen yang sama dipercayai dicipta oleh lelaki tersebut.
“Hi Yolanda, saya kenal dengan orang yang mencipta ‘karya’ ini, malah dia juga membenarkan saya untuk berkongsi kepada anda lebih banyak hasil ciptaannya yang di simpan di rumah.
“Seperti yang dimaklumkan, dia menggunakan teknik sama oleh artis dimana dia telah menggantikan plumbum grafit pensil mekanikal dengan jarum untuk memudahkan dia menggores pada pen seterusnya mengukir tulisan-tulisan itu,” jelasnya.
Dalam pada itu, pengguna Twitter itu juga berkata bahawa rakannya itu akan menyusun pen mengikut urutan untuk menjadikannya lebih mudah diakses dan dalam masa yang sama kurang menarik untuk dilihat semasa sesi peperiksaan sedang berlangsung.
Menurut Oddity Central juga, helah tersebut telah berjaya menarik perhatian orang ramai dan memuji ‘artis’ tersebut atas kesabarannya mengukir satu persatu perkataan pada pen itu. De Lucchi juga memuji pelajarnya meskipun dia gagal pada tahun demikian.
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Sumber: Oddity Cenral