Satu gegaran gempa bumi lemah dilapor berlaku di Utara Kalimantan, Indonesia pada 5.08 pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Menurut jabatan itu, pusat gempa yang bermagnitud 3.0 pada skala Ritcher tersebut berlaku di koordinat 4.3° Utara dan 116.3° Timur.
Difahamkan, ia berlaku pada jarak 46 kilometer Barat Daya dari Sapulut, Sabah dengan berkedalaman kira-kira 12 kilometer dalam. Gegaran dirasai di Limbang dan Lawas, Sarawak.
Bagaimanapun MetMalaysia menjelaskan, tiada sebarang ancaman tsunami yang dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia