Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Ritcher dilaporkan berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada 8.20 malam, Sabtu.
Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, pusat gempa bumi tersebut berada di 4.6 darjah utara dan 95.1 darjah timur dengan kedalaman 56 kilometer.
Gempa bumi tersebut berlaku dengan jarak 102 kilometer arah selatan dari Banda Acheh, Indonesia.
Bagaimanapun, menurut laporan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: MetMalaysia