Gempa bumi bermagnitud 5,2 menggoncang sebahagian besar wilayah Banten Selatan, Khamis (5/11/2020). Berdasarkan data dari Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa berpusat di Samudera Hindia, 74 kilometer Barat Daya Bayah, Kabupaten Lebak, Banten. Titik gempa yang terjadi pada pukul 05.21 waktu tempatan berada di kedalaman 10 kilometer.
Meski tidak berpotensi berlakunya tsunami, getaran gempa dirasakan cukup kuat hingga ke wilayah Serang, Banten. “Getaran terasa sangat kuat di Daerah Kibin tetapi selepas sahaja saya membuka pintu getaran tidak begitu kuat,” kata Sundari warga Kibin, Kabupaten Serang, ketika dihubungi oleh pihak Kompas.com. Merasakan adanya gempa, Sundari serta keluarganya yang laing langsung keluar rumah untuk menyelamatkan diri. Padahal, saat itu sebahagian besar wilayah Banten sedang hujan. “Sempat ke luar rumah walaupun hujan sangat lebat ketika itu kerana sangat takut,” ujar Sundari.
Selain wilayah Serang Timur, warga di wilayah Gunung Sari, Anyer, hingga Cinangka juga merasakan adanya goncangan yang disebabkan oleh gempa. “Gempa yang berlaku pada jam 05.30 pagi , ketika itu saya mahu mandi dan getaran terasa amat kencang,” ujar Devi Amalia penduduk Gunung Sari, Kabupaten Serang. Menurut Devi, awalnya dia tidak menyedari bahawa getaran yang dia rasakan adalah kesan dari gempa bumi yang terjadi di wilayah Bayah, Lebak “Bingung dulu tak sedar yang itu gempa. Jiran tetangga juga tak ada yang keluar rumah kerana hujan dan masih pagi,” kata Devi.
Meskipun begitu, masih belum ada laporan kerosakan yang berpunca dari gempa bumi di wilayah Serang dan di sekitarnya. “Belum ada laporan kerosakan di wilayah Kabupaten Serang. Tapi masih terus kita pantau,” kata Setiausaha Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Serang Tb Maftuhi ketika dihubungi, Khamis.
Sumber- Kompas.com