KUALA LUMPUR, 10 Mac – Terdapat enam kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 dalam fenomena gelombang haba, iaitu berstatus Berjaga-jaga.
Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) melaporkan, keenam-enam kawasan yang terlibat ialah Baling (Kedah), Kuala Muda (Kedah), Kuala Kangsar (Perak), Kinta (Perak), Batang Padang (Perak) dan Hilir Perak (Perak).
Dalam masa sama, semua kawasan di Sabah dan Sarawak pula sedang dalam pemantauan, tambah laporan itu lagi.
Bagaimanapun, suhu maksimum harian di semua kawasan dan negeri lain di seluruh Semenanjung dilaporkan masih terkawal iaitu berada di bawah 35 darjah Celcius.
Sumber: MET Malaysia