Geli & Mengerikan, Doktor Terkejut Temui Cacing Sedang Bergerak-Gerak Dalam Testis Lelaki
Geli dan mengerikan, itulah yang dapat digambarkan terhadap nasib seorang lelaki di India apabila doktor menemui cacing mikroskopik sedang bergerak-gerak di dalam skrotumnya semasa imbasan ultra dilakukan.
Lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari New Delhi, India itu telah pergi ke klinik kesihatan seksual selepas mengalami testis yang membengkak.
Semasa pemeriksaan dilakukan, doktor terkejut apabila melihat ‘struktur linear bergerak’ dalam tiup nipis yang membawa cecair dan sel darah putih ke dalam skrotum lelaki itu.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Pesakit yang tidak dinamakan itu telah didiagnosis dengan penyakit filariasis limfa dan diberikan ubat anti-parasit untuk tiga minggu. Apabila pesakit kembali semula ke klnik tersebut, cacing yang berada dalam skrotumnya telah hilang.
Jangkitan yang dialami lelaki itu telah ditulis dalam satu laporan kes yang diterbitkan oleh New England Journal of Medicine.
“Pergerakan itu mewakili sekumpulan cacing yang masih hidup,” kata Dr AmitSahu, perunding perubatan kanan di Hospital Max Super Specialty yang telah memeriksa pesakit menerusi imbasan ultrasound.
“Cacing-cacing itu telah bergerak ke dalam sistem limfa, menyebabkan pelebaran dan disfungsi saluran,” kata Dr Amit lagi.
Kredit Daily Mail
Kredit Daily MailSelepas ultrasound dilakukan, doktor telah mengeluarkan cecair dari skrotum lelaki itu dan memeriksanya di bawah mikroskop. Secara saintifik, gerombolan cacing yang hidup itu dinamakan sebagai Wuchereria bancrofti.
Pesakit telah diberikan diethylcarbamazine, ubat anti-parasit yang kuat untuk membunuh cacing tersebut. Selepas tiga minggu, satu lagi ultrasound telah dibuat dan mendapati cacing tersebut telah hilang lalu pesakit juga telah pulih sepenuhnya.
Jangkitan itu didakwa tercetus disebabkan oleh kesan daripada gigitan nyamuk yang kemudian bertindak memindahkannya ke dalam aliran darah.
Sampai sahaja di sana, mereka akan bergerak ke dalam sistem limfa iaitu sistem peredaran darah yang digunakan untuk mengalirkan cecair. Ianya juga telah membawa parasit itu ke bahagian lain dalam badan, termasuklah skrotum.
Jangkitan cacing parasit agak biasa terjadi di kawasan tropika dan sub-tropika termasuk bahagian Afrika, Asia dan Amerika Selatan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap filariasis limfa sebagai penyakit tropika yang tidak dianggap serius. WHO juga berkata, jika dos tahunan ubat anti-parasit diserahkan kepada mereka yang berada di kawasan berisiko maka penyakit jangkitan parasit ini boleh dihapuskan.
Sumber: Daily Mail