Uttar Pradesh, Gorakhpur: Seorang isteri didakwa bertindak melarikan diri dari rumah dipercayai bersama kekasih gelapnya didakwa gara-gara suaminya tidak mampu menyediakan telur untuknya.
Menurut polis tempatan, wanita itu pernah lari dari rumah bersama skandalnya 4 bulan lalu. Sekembalinya dia ke rumah, dia memberitahu polis bahawa suaminya tidak memberi telur untuk dimakan sekaligus mengecewakan wanita itu.
Sabtu lalu, wanita itu bergaduh dengan si suami dan meninggalkan rumah disyaki melarikan diri bersama kekasih gelapnya berikutan lelaki itu juga tiada di rumahnya.
Menurut media tempatan, suami wanita itu merupakan buruh dengan gaji harian serta tidak mampu membeli telur setiap hari buat keluarganya. Disebabkan itu, kekasih gelap isterinya mengambil kesempatan dengan membawa telur setiap hari buat wanita tersebut.
Sumber: Keralakaumudi