Air Selangor menerusi laman Twitter rasmi sebentar tadi memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaran secara berjadual di lima kawasan di Wilayah Hulu Langat bermula jam 9 malam, 28 September 2021.
Walau bagaimanapun, kerja-kerja tersebut dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi, 30 September 2021. Oleh yang demikian, para pengguna dinasihatkan untuk membuat persiapan dan menyimpan bekalan air yang secukupnya menjelang esok malam.
Meninjau ke dalam laman sesawang Air Selangor, terdapat lima kawasan yang dijangka terlibat dengan kerja-kerja penyenggaran tersebut. Antara kawasan yang terlibat adalah seperti di dalam jadual di bawah:
Gambar: Air SelangorSumber: Air Selangor