Sri Lanka dikejutkan dengan enam letupan dahsyat yang memusnahkan tiga buah gereja dan tiga buah hotel di sekitar ibukota itu sehingga mengorbankan ratusan mangsa.
Ledakan melanda beberapa hotel mewah dan satu gereja di ibu negara, sementara dua gereja tambahan disasarkan di luar Colombo.
Setakat ini, mangsa yang tercedera telah dibawa terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Walau bagaimanapun, hospital mengalami kekurangan tabung darah dan meminta orang ramai untuk menderma.
Facebook Rise Up Sri Lanka berkongsi kepadatan ruangan hospital dengan kehadiran rakyatnya yang ingin mendermakan darah kepada mangsa-mangsa terlibat.