Satu perkongsian di laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia, anggota trafik dan orang awam bersama-sama membersihkan jalan raya yang bertaburan dengan pasir.
Menurutnya perkongsian itu, pasir yang bertaburan atas jalan raya adalah akibat kecuaian sikap pemandu lori membawa muatan pasir secara berlebihan di jalan tersebut.. Atas dasar keselamatan pengguna jalan raya yang lain, orang awam dan anggota polis berganding bahu membersihkan laluan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ternyata perkongsian itu mendapat reaksi positif dalam kalangan warganet. Selain memuji tindakan polis trafik dan orang awam, warganet juga mengucapkan terima kasih terhadap usaha mereka selama ini.


Sumber : PDRM