foodpanda Malaysia Raikan Dedikasi Rider di Acara ‘Durian Runtuh 2.0 – Anugerah Hero Tapau’, Tawar Ganjaran Lebih RM340,000
Kuala Lumpur, 26 Jun 2025 – foodpanda Malaysia meraikan dedikasi dan sumbangan rakan penghantaran mereka menerusi acara yang dinanti-nantikan, ‘Durian Runtuh 2.0 – Anugerah Hero Tapau’ yang berlangsung di KL Gateway Mall. Acara ini dihadiri lebih 300 rider bersama keluarga, pengamal media dan rakan kongsi. Ia membuktikan komitmen berterusan foodpanda untuk mengiktiraf kepada para rider atas perkhidmatan cemerlang mereka.
Kemuncak acara ini adalah pengumuman hadiah berjumlah lebih daripada RM340,000, termasuk hadiah utama berupa pakej Umrah yang ditaja penuh untuk tiga pemenang bersama keluarga masing-masing, yang berjumlah lebih daripada RM108,000. Selain itu, seramai 196 rider turut menerima ganjaran jongkong emas berjumlah lebih daripada RM233,000 atas prestasi cemerlang mereka sepanjang tahun.
Tan Ming Luk, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, mengalu-alukan para hadirin dan penghantar semasa acara Durian Runtuh 2.0 – Anugerah Hero Tapau.Sorotan Utama Acara:
199 Pemenang Rider dari seluruh Malaysia
3 Pemenang Utama menerima pakej Umrah tajaan penuh bagi 4 orang setiap pakej
196 Jongkong Emas untuk rider, termasuk 14 jongkong emas 10g, 28 jongkong emas 5g, 42 jongkong emas 2.5g dan 112 jongkong emas 1g
(Dari kiri ke kanan) Ridhwana Rusli, Ketua Pertumbuhan foodpanda Malaysia, Tan Ming Luk, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, serta Shubham Saran, Pengarah Operasi foodpanda Malaysia, menyampaikan hadiah pakej Umrah tajaan penuh kepada penghantar berprestasi terbaik.Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Tan Ming Luk, menzahirkan penghargaan beliau terhadap para rider. “Komuniti rider kami adalah nadi foodpanda, dan dedikasi merekalah yang mendorong kejayaan kami setiap hari. Menerusi ‘Durian Runtuh 2.0’, kami meneruskan tradisi buat kedua kalinya untuk mengiktiraf dan menghargai usaha gigih mereka. Acara ini adalah tanda penghargaan kami, dan kami berharap ia akan memberi inspirasi kepada rider kami untuk terus gigih memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti di seluruh negara,” kata beliau.
Acara ini merupakan kesinambungan program tahunan ‘Durian Runtuh’ foodpanda yang memberi ganjaran kepada rider paling cemerlang dan berdedikasi. Ia juga menjadi platform untuk mengumumkan ganjaran Year-End Quest yang akan datang, sekali gus meningkatkan lagi motivasi para rider di seluruh negara.
YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, menyampaikan ucapan pembukaan semasa acara Durian Runtuh 2.0 – Anugerah Hero Tapau.Para pengunjung turut menikmati pelbagai aktiviti mesra keluarga seperti pertukaran beg, sesi pengambilan pekerja, kiosk aiskrim, kiosk makanan, kiosk foto, aktiviti kanak-kanak serta persembahan muzik langsung.
Acara ini juga disiarkan secara langsung bagi membolehkan rider dari seluruh negara turut sama memeriahkan sambutan, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan. foodpanda Malaysia turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kongsi yang telah menjayakan acara ini.