Fenomena misteri melibat ribuan ikan bertindak aneh dengan pergerakan seakan-akan mabuk secara tiba-tiba dilapor melanda kawasan sungai di di Kali Ciujung, Banten baru-baru ini, lapor portal media tempatan, Okezone News.
Keadaan itu nyata berjaya menarik perhatian penduduk tempatan di sekitar Kali berkumpul dan untuk ke kawasan sungai terlibat bagi menangkap ikan-ikan tersebut.
Dengan hanya berbekalkan beberapa perkakas untuk menangkap ikan, kebanyakan daripada mereka berjaya memperolehi hasil yang lumayan, sehingga ada jumlahnya berkarung-karung.
Antara hasil sungai yang berjaya diperolei oleh orang kampung berkenaan termasuklah ikan lundu, patin, baung, haruan, lapam Jawa, puyu dan juga udang.
“Fenomena alam ini akan terjadi kira-kira lima tahun sekali,” kata salah seorang penduduk tempat, Abidin pada Khamis lalu.
Kredit: iNewsWalau bagaimanapun, jenis dan jumlah tangkapan ikan yang berjaya diperolehi oleh penduduk tempatan pada tahun ini tidak sebanyak hasil tangkapan ketika fenomena tersebut melanda kawasan tersebut sebelum ini.
Dalam pada itu, ada di antara penduduk yang memiliki hasil tangkapan ikan dengan jumlah yang agak besar, merancang untuk menjual separuh daripada hasil tangkapannya di pasar.
Bagi penduduk lain pula, ikan-ikan yang ditangkap adalah untuk dijadikan sebagai makanan harian.
BACA: Selalu Ikan Patin Je Disebut-sebut, Lelaki Dedah Ini Ikan-ikan Lain Menanti Kaki Pancing Di Sungai Pahang
Sumber: Oke News