Fenomena Hujan Batu Landa Kawasan Sekitar Ampang Petang Tadi
Fenomena hujan batu dipercayai melanda beberapa kawasan di sekitar Ampang susulan hujan lebat pada sebelah petang tadi.
Menerusi perkongsian video beberapa pengguna media sosial, memaparkan ketulan kecil ais batu yang bertaburan di atas jalan.
Rata-rata orang ramai dilihat berteduh di kawasan berbumbung dan di dalam kenderaan sementara hujan itu reda, dengan ada daripada mereka yang mengutip dan menunjukkan ketulan batu berkenaan.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0dfiD2U1Tu7V4bQwSYHX4GuAejNAxVjfC9e8stAGSqWoTuwQxfE94dMDz8LEfzwU6l&id=100090414817335
https://www.facebook.com/share/r/1MS2FdTCv7/
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia pada petang tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri dan semua Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.
Antara negeri yang diramal hujan adalah di Selangor melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
Manakala di Sarawak termasuk Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
Manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat.
Dalam pada itu, seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Sumber: Video Tular, Jabatan Meteoorologi Malaysia