FDA Luluskan Kit Ujian Covid-19 Yang Boleh Buat Saringan Sendiri Di Rumah, Keputusan Sepantas 30 Minit

Edayu

Kerajaan Amerika Syarikat bersetuju untuk meluluskan alat ujian Covid-19 pertama di rumah dengan keputusan sepantas 30 minit.

Perkara ini diluluskan oleh The Food and Drugs Administration (FDA) menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa lalu. Tujuan perkara ini adalah satu usaha Amerika Syarikat untuk memperluaskan lagi saringan ujian Covid-19 di kawasan penjagaan kesihatan dan pusat saringan.

Kit ujian ini hanya boleh sekali saringan sahaja. Ia membolehkan pengguna melakukan ‘swab’ sendiri dan kemudian diletakkan ke dalam botol yang akan disambungkan dengan peranti mudah alih. Keputusan akan diterima melalui lampu berlabel positif atau negatif.

Sehingga hari ini, FDA telah membenarkan hampir 300 ujian untuk Covid-19. Sebelum ini, sebahagian besar pesakit masih memerlukan seseorang profesional kesihatan untuk membantu melakukan swab tersebut dan terpaksa menunggu keputusan berhari-hari.

Dengan menggunakan alat ini, ia dapat mengurangkan jangkitan dan bebanan kepada masyarakat. FDA berkomited secara berterusan untuk memperluaskan lagi akses ujian Covid-19 ini kepada masyarakat.

Walaupun masih mempunyaimesin untuk mengesan wabak tersebut namun ia hanya boleh dikendalikan oleh pakar kesihatan untuk memberi jawapan tersebut. Oleh itu, sekarang masih ramai penduduk yang jangkiti Covid-19 dan perlu diambil tindakan segera.

Bagaimanapun, FDA perlu membuktikan ciri keselamatan dan keberkesanan peranti tersebut sebelum ia menyelesaikan ujian baru.

Sumber: FDA.gov, dailymail