Untuk pengetahuan anda semua, Messenger Facebook sedang mengalami masalah gangguan teknikal sebentar tadi. Ramai pengguna tidak dapat menghantar dan menerima pesanan daripada kotak Messenger tersebut.
Menerusi laman DownDetector, masalah gangguan ini berlaku di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Sehingga jam 6.37 petang lebih 1,300 laporan diterima.
Masalah ini dikesan bermula pada jam 6 petang tadi waktu Malaysia.

Sumber: Downdetector