Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa fasa nasihat dan amaran berakhir.
Menurut beliau, pihak PDRM telah diberikan kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang gagal mematuhi peraturan dan SOP yang termaktub dibawah PKPB.
“Di dalam mesyuarat pada pagi tadi, kita telah memutuskan bahawa fasa nasihat dan amaran berakhir. Oleh itu, pihak PDRM diberikan kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan dan SOP dibawah PKPB ini”,katanya.
Beliau juga turut mengingatkan kepada orang ramai supaya mematuhi SOP yang ditetapkan sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan tegas oleh penguatkuasa.
“Saya ingin mengingatkan di bawah Akta 342, di bawah peraturan kesalahan melanggar SOP dan peraturan di bawah Akta 342 ini, hukumannya kompaun 1 ribu ringgit, jika dibawa ke mahkamah, hukuman 1 ribu ringgit maksimum atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali”, ujarnya.
Rujuk video di bawah pada minit ke 5.36 saat:
Sumber: Bernama