Experian Pacu Inovasi Bertanggungjawab Ke Hadapan: Visi Berwawasan Menerusi GenAI Tech Series 2.0
Kuala Lumpur, 22 Oktober 2024 – Sebagai peneraju dalam revolusi kecerdasan buatan generatif (GenAI), syarikat data dan teknologi global terkemuka, Experian Malaysia, melaksanakan inisiatif untuk membentuk masa depan inovasi yang bertanggungjawab dengan memperkenalkan visi masa hadapannya menerusi GenAI Tech Series 2.0.
Dengan barisan ahli panel dan penceramah segmen yang dinamik, acara ini akan membawakan kemajuan terkini yang bakal merevolusikan industri. Mereka yang hadir dijangka memperoleh pandangan berharga tentang masa depan GenAI dan bagaimana Experian Malaysia, di bawah bimbingan Experian global, memanfaatkannya untuk mendorong perubahan yang bermakna dalam pelbagai sektor.
Acara ini akan menampilkan Prof. Emeritus Dato Dr. Halimah Badioze Zaman sebagai penceramah kehormat. Beliau memegang jawatan Tan Sri Leo Moggie Distinguished Chair dalam Informatik Tenaga di Universiti Tenaga Nasional dan merupakan penasihat kepada Pusat Tenaga Nasional (NEC).
Penceramah Segmen Ciri GenAI akan membabitkan Christoffer Erichsen iaitu Rakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Human Inc, dan Indran Indraseghar yang merupakan Pengasas Bersama HumAIn Labs.
Perbincangan panel akan dikendalikan oleh Chua Chai Ping, Ketua Negara dan Pengarah Sumber Manusia Experian Malaysia. Panelis lain termasuk Alex Lintner (CEO Experian Software Solutions), Shameem Farouk (Pengarah Modal Insan, Teknologi Kumpulan, Perbankan Digital dan Data Maybank), Chang Sungkyu (Ketua Pelanggan & Pertumbuhan ASEAN; Rakan Kongsi, Ernst & Young Consulting), Sarah Yong (Peguam Teknologi & Pengerusi, Jawatankuasa Undang-undang Siber & Privasi Majlis Peguam dari Sarah Yong & Co.), dan Peter Murray (Pengurus Besar Negara, Amazon Web Services).
Chua Chai Ping, Ketua Negara dan Pengarah Sumber Manusia Experian Malaysia menekankan komitmen syarikat untuk mengadaptasi transformasi teknologi. Beliau berkata, “Di Experian Malaysia, transformasi teknologi menggerakkan segala yang kami laksanakan, dan sudah sekian lama kami mengetahui bahawa GenAI akan merevolusikan cara kita beroperasi. Kita hidup dalam zaman yang menarik, dan pasukan kami menetapkan komitmen kukuh untuk meneruskan momentum ini ketika kami terus membentuk masa depan dengan GenAI yang inklusif, selamat, dan bertanggungjawab.”
(Dari kiri ke kanan) Christoffer Erichsen, Rakan Pengasas & CEO, Human Inc, Indhran Indraseghar, Pengasas Bersama, HumAIn Labs, Chua Chai Ping, Ketua Negara dan Pengarah Sumber Manusia, Experian Malaysia, Shameem Farouk, Pengarah Modal Insan Kumpulan Teknologi, Perbankan Digital dan Data, Maybank, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Halimah Badioze Zaman, Pemegang Kerusi Terhormat,Tan Sri Leo Moggie dalam Informatik Tenaga, Penasihat Pusat Tenaga Nasional (NEC), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Alex Lintner, CEO, Experian Software Solutions (ESS), Peter Murray, Pengurus Negara, AWS Malaysia, Sarah Yong, Peguam Teknologi & Pengerusi, Jawatankuasa Undang-Undang Siber & Privasi, Majlis Peguam, Sarah Yong & Co., Chang Sungkyu, Pemimpin Pelanggan dan Pertumbuhan ASEAN; Rakan Kongsi, Ernst & Young Consulting.Memperkasakan GenAI untuk Kebaikan Bersama
Ketika Kecerdasan Buatan (AI) mengubah industri di seluruh dunia, Experian Malaysia meneraju usaha untuk mengimbangkan teknologi terkini dengan privasi, pematuhan, dan piawaian beretika. Dengan mengutamakan penggunaan AI yang bertanggungjawab, syarikat ini memastikan inovasi memberi manfaat untuk kebaikan bersama dan melindungi pengguna sambil memacu kemajuan.
Alex Lintner, CEO Experian Software Solutions (ESS), berkata, “Dalam dunia yang sentiasa berubah, kami percaya inovasi selalunya perlu disertakan dengan tanggungjawab. Ketika Experian terus memimpin kemajuan AI, kami komited untuk mempertahankan privasi, pematuhan, dan keadilan dalam memastikan teknologi kami memberi manfaat kepada semua sambil melindungi hak pengguna.”
Experian Malaysia membuktikan AI mengetengahkan elemen transformasi dan ketelusan dengan mematuhi amalan terbaik global serta rangka kerja peraturan. Pendekatan yang bertanggungjawab ini memastikan bahawa setiap kemajuan menyumbang ke arah memperkasakan pengguna tanpa menjejaskan keselamatan atau privasi mereka
Inovasi dalam Keterangkuman Kewangan dan Keselamatan
Menjangkaui etika dan tanggungjawab, Experian Malaysia memanfaatkan kuasa AI untuk meningkatkan akses dan keselamatan kewangan pengguna yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan. Melalui penyelesaian seperti Experian Boost dan Inclusion Forward, syarikat ini menggunakan GenAI untuk memperkasakan individu dengan meningkatkan keterlihatan kredit dan mewujudkan peluang kewangan baru. Alat ini secara efektif merapatkan jurang bagi mereka yang sebelum ini diketepikan dari sistem kredit formal.
Vijay Mehta, Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Inovasi Experian, berkata, “AI adalah pencetus perubahan dalam keterangkuman kewangan dan pencegahan penipuan. Dengan penyelesaian seperti Experian Boost dan teknologi keselamatan berasaskan AI, kami menakrifkan semula cara pengguna mengakses kredit sambil memastikan data mereka dilindungi dalam dunia digital yang semakin berkembang.”
Secara keseluruhannya, Experian Malaysia memperkukuh ketahanannya terhadap ancaman yang muncul. Apabila taktik penipuan semakin berkembang, penyelesaian keselamatan yang dipacu AI yang dibangunkan syarikat dapat “mengatasi AI dengan AI”, aspek penting dalam melindungi data pelanggan daripada serangan siber yang canggih. Experian Malaysia secara proaktif melindungi pengguna dalam landskap digital yang semakin kompleks dengan memanfaatkan AI untuk menjangka dan meneutralkan ancaman.
Mengubah Interaksi dan Memperkasakan Perniagaan dengan AI
Platform AI inovatif Experian Malaysia bukan sahaja mengubah cara syarikat beroperasi, malah mengubah cara ia berinteraksi dengan pelanggan.
Ravi Devesetti, Ketua Pegawai Teknologi Global Experian Software Services, berkata, “Teknologi AI bukan sekadar membabitkan aspek pembangunan produk, kejuruteraan dan operasi; tujuan utama adalah untuk mengubah cara kita berinteraksi dengan pelanggan dan melengkapkan tenaga kerja kita dengan serentak. Dengan mengintegrasikan AI ke dalam setiap aspek operasi, kami memperkasa perniagaan dan pengguna untuk berkembang dalam dunia yang didorong oleh AI.”
Komitmen syarikat terhadap kecemerlangan juga lebih meluas kepada pekerjanya, dengan 94% tenaga kerja telah terlatih dalam amalan terbaik GenAI. Fokus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kesedaran beretika bagi memastikan masa depan AI di Experian Malaysia bergerak seiring dengan inovasi dan kebertanggungjawaban.
Dengan GenAI Tech Series 2.0 menginspirasikan idea baru dan menyemarakkan keterujaan tentang masa depan teknologi, Experian Malaysia berbangga untuk memimpin perjalanan menerusi inovasi yang bertanggungjawab.
Memandang ke hadapan, syarikat kekal komited untuk menjangkaui sempadan yang dapat dicapai oleh GenAI, dan dengan berbuat sedemikian, syarikat bersedia untuk menjadi peneraju dalam membentuk aplikasi berimpak dan bertanggungjawab melalui teknologi yang berkuasa ini di seluruh industri.