Selepas mendapat sambutan hangat menerusi siri televisyen ‘Nur’ tahun lalu, kini ‘Nur 2’ kembali menghampiri para peminat tahun ini melalui siaran TV3.
Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, siri kali ini menampilkan beberapa watak baru serta pelbagai konflik dalam meneruskan hubungan cinta sejati, suami dan isteri antara Nur dan Adam.
Berjayakah Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka?
Dalam keterujaan penonton menantikan siri ini, episod pertama yang telah ditayangkan semalam menjadi bualan netizen apabila terdapat kesalahan dalam bacaan Al-Quran menerusi babak awal.
Pengarahnya, Shahrulezad dan pelakon Atiq, mengakui kesilapan tersebut dan bersetuju untuk memperbaiki babak itu dengan bacaan yang betul.

Komen daripada pelakon yang membacakan surah Ali Imran pada babak malam tadi.