
Empat Ahli Parlimen Blok Pembangkang Mohon Tukar Kedudukan Kerusi Di Dewan Rakyat – Johari
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Empat ahli parlimen daripada blok pembangkang yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan permohonan untuk menukar kedudukan kerusi di Dewan Rakyat.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata beliau telah menerima permohonan empat ahli parlimen berkenaan hari ini dan akan mengadakan pertemuan dengan mereka dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.
“Keempat-empat mereka telah menulis (mengenai perkara itu) kepada saya… mungkin selepas Deepavali ini saya akan lihatlah…saya tak buat apa-apa keputusan lagi,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.
Sebelum ini Ahli Parlimen dari Bersatu, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang) dan Zahari Kechik (PN-Jeli) telah menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
Mengulas mengenai sokongan itu, Johari berkata ia tidak ada kaitan dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat untuk bertukar parti yang boleh menyebabkan mereka hilang kerusi di Parlimen.
“… apa yang sedang berlaku sekarang ialah dia ikrar sokongan, ia tidak membawa apa-apa makna, sebab dia sokong, dan dia boleh sokong secara diam-diam atau seperti sekarang secara terbuka, dan akta itu tidak menyekat mana-mana orang (ahli parlimen) untuk memberi sokongan, sebab itu kerusi tidak hilang,” katanya.
“Ada satu arahan tapi dah lama dah, dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan yang mengarahkan setiap sekolah tidak membenarkan anak muridnya lebih daripada 30 orang untuk menyertai pengakap dengan andaian sekolah ada banyak lagi unit uniform yang lain.
“Saya minta supaya Kementerian Pendidikan untuk mengkaji balik dan insha-Allah saya akan tulis surat kepada menteri untuk semak balik, sebab kita nak sediakan anak-anak muda ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),” katanya.
BACA: Ramai Tertanya-tanya, Selepas Generasi X, Y & Z, Generasi Apa Pula? Ini Jawapannya
Sumber: Bernama