Elon Musk dalam satu temubual bersama TED baru-baru ini membuat pendedahan mengenai harga tiket yang dianggapnya mampu milik untuk orang ramai berkunjung ke Planet Marikh.
Beliau secara hipotetikal berkata, anggaran harga tiket itu mungkin dimuktamadkan dengan mengambil kira beberapa faktor.
”Jika kos untuk berpindah ke Marikh, sekadar perbincangan, andaikan sekeping USD 100,000 (RM435,000), maka saya berpendapat semua orang mampu untuk membuat tabungan dan akhirnya memiliki amaun tersebut untuk berpindah ke sana.
”Kami mahu memastikan impian ini mampu dimiliki oleh semua,” kata beliau.
Dalam temubual yang sama, Musk mendedahkan bahawa harga tiket sebahagiannya akan ditentukan oleh faktor ekonomi dan permintaan, namun pada masa yang sama mesti mampu milik untuk menarik minat jutaan pelancong sekaligus dapat memastikan koloni besar dapat dibina di Marikh.
Selain itu, beliau juga berkata, harga tiket mampu dikurangkan lagi sekiranya kerajaan memainkan peranannya dengan menaja penerbangan ke Marikh.
Sebelum ini, dalam satu balasan ciapan di Twitter, beliau berkata harga tiket berkenaan mungkin dijual dalam julat harga USD 100,000 hingga 500,000, dengan tiket pulang ke Bumi ditawarkan secara percuma.
Beliau berkata, harga tiket berkenaan cukup rendah dan menarik dimana orang ramai mungkin mempertimbangkan opsyen untuk menjual harta misalnya rumah di Bumi dan berpindah ke planet merah tersebut.
Manusia dijangka jejak kaki ke Marikh tidak lama lagi
Pada 2020, pengasas kepada SpaceX yang ketika ini sedang membangunkan kapal angkasa Starship untuk perjalanan ke Marikh pernah mengeluarkan kenyataan bahawa manusia dijangka akan menjejakkan kaki di planet berjiran dengan Bumi itu dalam tempoh 2024 hingga 2026.
Namun, dalam satu sesi soal jawab bersama pengikutnya di laman Twitter, beliau menjelaskan sejarah baharu peradaban manusia itu mungkin akan berjaya dilakar pada 2029, 60 tahun selepas manusia kali pertama menjejakkan kaki di Bulan.
Sumber: Businnes Insider