Penjagaan kesihatan tubuh badan sememangnya sangat penting bagi setiap orang. Bukan sahaja untuk kurus, ia juga untuk mengelak dari sebarang penyakit yang berbahaya.
Namun, berat badan bertambah juga bukan sahaja dapat dilihat di bahagian perut atau paha, keadaan pipi yang sudah tembam dan kemunculan double chin juga pasti merisaukan setiap orang.
Jangan bimbang, Azril Rozali mempunyai petua dan ‘rahsia’ yang berguna untuk mengurangkan masalah tersebut.
Ikuti kiriman yang telah dikongsikan oleh beliau.
Seperti yang dikongsikan Azril Rozali melalui ciapannya, seseorang itu perlu mengurangkan lima jenis pemakanan termasuklah air manis. Antara lainnya ialah biskut, roti putih, kuih muih dan keropok serta jajan.
Walaupun terdapat pelbagai lagi kaedah dan tips yang boleh dilakukan untuk mengurangkan ‘masalah’ ini, namun tidak salah untuk mencuba lima ‘rahsia’ yang dikongsikan oleh lelaki ini.
Sumber: Azril Rozali