Eco-Shop mulai hari ini melancarkan kempen “Mari Jimat Bersama!” sehingga 22 Februari sempena Tahun Baru Cina bertujuan untuk rakyat Malaysia merancang dan membeli dengan bijak.
“Tahun Baru Cina sentiasa menjadi waktu penuh harapan, pembaharuan, dan kebersamaan keluarga,” kata Jessica Ng, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Eco-Shop Malaysia. “Menyambut Tahun Kuda, simbol ketahanan, kekuatan dan kemajuan, kami ingin membantu rakyat Malaysia meraikan perayaan dengan tenang dan yakin. Melalui Mari Jimat Bersama!, kami berharap keluarga dapat berbelanja dengan bijak sambil mencipta detik manis dan bermakna bersama orang tersayang.”
Eco-Shop memperkenalkan pelbagai barangan perayaan dan keperluan harian daripada dekorasi Tahun Baru Cina, pinggan mangkuk, barangan dapur, peralatan rumah, hingga keperluan harian, semuanya dijual pada harga RM2.60 di cawangan terpilih seluruh negara.
Bagi menambahkan nilai kepada pembeli sepanjang musim perayaan, Eco-Shop juga mengadakan promosi Beli 5 Percuma 1 untuk barangan terpilih, terutamanya snek dan minuman. Inisiatif ini bertujuan memberikan lebih nilai kepada keluarga ketika menyediakan sambutan perayaan dan menikmati waktu berkualiti bersama.
Eco-Shop bekerjasama dengan Yello Banana, ilustrator tempatan terkenal dengan karya ceria dan inspirasi tempatan, untuk menghasilkan design angpau edisi terhad khas untuk kempen ini.
Kempen Mari Jimat Bersama! kini berlangsung untuk tempoh terhad di cawangan Eco-Shop seluruh negara. Rakyat Malaysia dijemput mengunjungi cawangan terdekat untuk menikmati penjimatan perayaan, memanfaatkan promosi Beli 5 Percuma 1, dengan persiapan yang bijak, perbelanjaan cermat, serta detik bermakna bersama keluarga.
Untuk maklumat lanjut, ikuti Eco-Shop di Facebook (EcoShopMarketing), Instagram (ecoshop_my), TikTok (@ecoshopmalaysia) dan XHS (eco-shop MY).