Sunway Lagoon kembali dengan festival seram terbesar Malaysia, Nights of Fright 11 (NOF11) yang bakal berlangsung dari 26 September hingga 2 November 2025, setiap Jumaat hingga Ahad malam.
Masuk tahun ke-11, NOF bukan lagi sekadar rumah hantu ala Barat. Kali ini, hantu Melayu turut sama menghantui pengunjung, menjadikan pengalaman lebih dekat dengan budaya tempatan dan lebih menakutkan.
8 Rumah Hantu, 3 Zon Seram, 11 Permainan Thrill
Antara tarikan baru tahun ini termasuk:
8 rumah hantu seperti Karak: The Kampong Killers, The Puppetmaker, The Blind Box dan Legends of Horror.
3 zon seram antaranya Pontianak X Pocong dan Hantu Hell.
Teater seram dengan kemunculan istimewa pelakon Malaysia, Nadia Brian sebagai PontianAxe.
11 thrill rides & 3 pentas persembahan live untuk hiburan tambahan.
Pelancaran Penuh Gimik
Acara pelancaran berlangsung dengan kehadiran watak utama tahun ini, The Puppetmaker dan Hantutu (hantu dengan tutu). Mereka tiba dengan kereta mayat berwarna merah jambu, disertai pertunjukan ballerina menyeramkan dan bunga api pink yang menghiasi langit.
Menariknya, tahun ini NOF memperkenalkan “Blind Box Haunted House” pertama di dunia, diinspirasikan daripada trend global koleksi mainan misteri.


Lebih Dari Sekadar Seram
Menurut pihak penganjur, Nights of Fright bukan hanya tentang jeritan. Ia turut memacu pelancongan tempatan, mencipta peluang pekerjaan dan mempamerkan bakat seni tempatan dalam bidang hiburan bertema.
“Festival ini bukan sekadar menakutkan, tapi menggabungkan budaya tempatan dengan elemen global. Itu yang buat ia lain daripada yang lain,” kata Michelle Soong, Penolong Pengurus Besar Sunway Theme Parks.
Tiket & Maklumat Lanjut
Harga tiket bermula dari:
Tiket boleh didapati melalui Sunway Super App atau laman rasmi Sunway Lagoon.