Gambar: Bernama

Dua Kumpulan Umur Paling Tinggi Kes Positif COVID-19 Ialah 20-24 Dan 56-59 Tahun – KP Kesihatan

Aqmal Ezany

Menerusi sidang media laporan harian Covid-19, Ketua Pengarah kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa dua kumpulan umur yang paling tinggi dijangkiti COVID-19 ialah 20-24 dan 56-59 tahun.

Turut dikongsikan melalui akaun Twitter Bernama TV, 62.6 peratus kes kematian COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia membabitkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Manakala, 80.7 peratus kes kematian pula disahkan menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi serta penyakit buah pinggang dan jantung.

Sumber: Bernama