Gambar: Al-Jazeera

Dua Bayi Baru Lahir Dilaporkan Antara Mangsa Dalam Kejadian Tembakan Rambang Di Kabul

Sofea

Satu kejadian tembakan rambang dilaporkan telah berlaku di sebuah hospital bersalin di Kabul, Afghanistan yang dipercayai telah membunuh 16 orang termasuk dua orang bayi yang baru dilahirkan, ibu mereka dan jururawat yang tidak dapat dipastikan bilangannya.

Gambar-gambar dari Kementerian Dalam Negeri menunjukkan dua anak kecil terbaring di dalam hospital. Manakala, gambar dikongsikan itu juga menyaksikan seorang wanita terbaring di lantai sambil memeluk erat bayinya.

Pasukan keselamatan sebelumnya mengepung kawasan itu ketika mereka memindahkan lebih dari 80 orang wanita dan bayi dari hospital tersebut.

Tidak dapat dipastikan mengapa hospital di Dashti Barchi itu menjadi sasaran penembak.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya tiga orang penembak dengan memakai uniform dilaporkan memasuki hospital dan selepas itu melemparkan bom tangan serta menembak.

Sumber: Al-Jazeera