Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan kes COVID-19 harian tertinggi iaitu 3,027 kes.
Susulan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jangkaan unjuran kes (PKPB/PKPP) dari 4 Januari sehingga 31 Mei 2021 dengan kadar kebolehjangkitan R naught (Ro/Rt) pada 1.1 dan 1.2 di Malaysia.
Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, jangkaan unjuran kes mencecah sebanyak 3,000 sehari bermula minggu keempat bulan Januari jika nilai R naught 1.2 atau 3,000 sehari pada minggu kedua bulan Februari jika nilai R naught 1.1.
Tidak cuma itu, jika nilai R naught 1.1, jangkaan unjuran kes mencecah sebanyak 5,000 sehari pada minggu kedua bulan April dan 8,000 sehari pada minggu keempat bulan Mei.
Manakala, jika nilai R naught adalah 1.2, jangkaan unjuran kes mencecah sebanyak 8,000 kes sehari pada minggu ketiga bulan Mac.
Menurut Dr. Hisham, kebolehjangkitan R naught mesti dikurangkan kepada kurang daripada satu ke 0.5 bagi memutuskan dan membendung kes penularan dalam negara.
Sumber: Noor Hisham Abdullah