Haiwan peliharaan bukan sekadar menumpang teduh di dalam rumah tetapi mereka bagaikan sudah menjadi sebahagian daripada ahli keluarga sendiri. Dengan telatah yang nakal dan lucu, haiwan peliharaan juga boleh menghilangkan segala tekanan atau kemurungan.
Tidak kiralah kucing, anjing atau ayam, kehilangan mereka pasti akan sangat dirasai oleh setiap orang.
Hilang sejak tahun 1982
Sama seperti kisah yang dialami oleh sebuah keluarga di Rio de Janeiro, Brazil ini yang bagaikan sudah berputus untuk mencari kura-kura peliharaan mereka yang dipercayai hilang sejak tahun 1982.
Difahamkan, kura-kura itu telah keluar setelah pintu rumah keluarga itu terbuka. Dikenali sebagai keluarga Almeida, mereka pada awalnya giat mencari kura-kura itu namun setelah tahun berganti tahun, mereka akhirnya hanya membiarkan saja ianya berlalu pergi.
Gambar Via Daily MailPun begitu, nampaknya ‘ikatan’ di antara mereka tidak mudah terlerai apabila kura-kura itu ditemui semula pada tahun 2013 iaitu selepas 30 tahun berlalu.
Kura-kura berkaki merah itu dikatakan telah dijumpai di dalam kotak yang tersembunyi di sebuah bilik kecil di dalam rumah itu.
Bagaimana ia ditemui?
Bilik simpanan yang terkunci itu dikatakan telah dibersihkan oleh anak-anak Almeida tidak lama selepas bapa saudar mereka meninggal dunia.
Selain beberapa barang elektrik yang rosak dan pelbagai benda lain yang telah dikumpulkan selama bertahun-tahun oleh mendiang Almeida, anaknya juga telah menemui kura-kura yang diberi nama Manuela.
Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati bahawa Manuela masih lagi hidup walaupun telah lama tinggal di dalam kotak.
Gambar Via Daily MailTetapi, ia sebenarnya tidak menghairankan kerana haiwan itu dikatakan menyerupai ular yang boleh bertahan dalam jangka masa yang lama tanpa sebarang makanan.
Dalam keadaan itu, kura-kura boleh menurunkan suhu badannya dan mengaplikasikan proses fisiologi yang lain.
Walau bagaimanapun, 30 tahun merupakan tempoh waktu yang agak lama, ia tidak pernah direkodkan berlaku sebelum ini.
Seorang doktor haiwan mengatakan bahawa Manuela kemungkinan besar boleh bertahan lama kerana memakan anai-anai atau serangga kecil lain. Ia juga mempunyai jangka hayat selama 50 tahun.
Khabar terkini mengenai kura-kura tersebut tidak diketahui tetapi diharapkan ia masih lagi berada di dalam keadaan yang baik.
Sumber: The Animal Rescue Site