
Bermula sejak 21 Ogos yang lalu, berlaku sedikit gangguan terhadap sistem pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Gangguan berkenaan juga menyebabkan beberapa penerbangan tergendala dan pengurusan lapangan dibuat secara manual. Sehingga kini setakat pukul 8 malam, Malaysia Airportsmemaklumkan bahawa masalah yang dihadapi berpunca daripada network failure.
Malaysia Airports juga memaklumkan bahawa beberapa kelengkapan sistem pengoperasian sudah digantikan dan menunjukkan kesan-kesan positif.
Bagaiamanpun, dalam kekalutan yang berlaku, tular di media sosial tindakkan budiman seorang penumpang yang tampil menyahut seruan satu poster yang beredar di dunia maya.
Dalam poster berkenaan, tertera permintaan yang menyeru mana-mana penumpang yang berkelapangan untuk mendaftar sebagai sukarelawan bagi membantu kakitangan-kakitangan KLIA dan klia2 menjalankan tugas.
Melalui poster yang sama juga turut memaklumkan bahawa makanan disediakan kepada semua sukarelawan yang mendaftar. Salah seorang yang tampil memberi pertolongan adalah Michael J. Walsh. Beliau ketika itu sedang menunggu penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Hong Kong.
Malah, Michael turut memuat naik sekeping gambar bersama-sama staf di lapangan terbang dengan suntingan kata-kata semangat.
Dalam tweet yang berbeza, seorang lagi penumpang turut memberi pujian dan mengucapkan terima kasih di atas layanan yang diberikan oleh staf di lapangan terbang.
”Situasi semasa di lapangan terbang. Masih mengguna pakai sistem manual. Pujian kepada staf KLIA yang membantu kami sedaya upaya sepanjang hari. Terim kasih juga untuk roti jagung dan air ini,” kata pengguna media sosial berkenaan.
Malaysia Airports dalam satu kenyataan sedia maklum dengan penularan poster berkenaan dan memaklumkan ia adalah untuk tujuan komunikasi dalaman, bagaimanapun menjadi tular di media sosil.
Pihaknya berkata, mereka menghargai sokongan yang ditunjukkan orang ramai namun berkata jumlah staf seramai 1000 orang yang digerakkan adalah mencukupi.
Katanya lagi, kawasan operasi lapangan terbang merupakan kawasan kawalan keselamatan ketat dan petugas-petugas memerlukan kad akses.
Malaysia Airports juga meminta orang ramai supaya mengelak daripada menghubungi nombor tertera pada poster memandangkan ia diguna sebagai saluran komunikasi untuk menggerakkan staf di lapangan.
Sumber: Twitter Michael J. Walsh, Malaysia Airports, Adri Zul Ancheta