Dari kawasan bandar hingga ke pedalaman, Google Maps menjadi aplikasi yang sangat berguna untuk mencari hampir semua lokasi di dunia ini.
Pun begitu, terkadang ada penemuan yang tidak terjangka apabila menggunakan aplikasi tersebut termasuk lokasi yang ‘menyeramkan’ dan mungkin tidak dihuni oleh seorang manusia pun.
Menurut Tribun Travel, salah satu lokasi yang mengerikan yang boleh dilihat di dalam Google Maps adalah Pulau Syaitan (Devil’s Island).
Gambar Via Metro.coDisebut juga sebagai Île du Diable, ia berada di pesisir pantai Guiana, Perancis.
Sekilas pandang, kawasan itu dilihat seperti pulau kecil yang tidak berbahaya tetapi ia ternyata sebuah pulau yang sangat menyeramkan.
Pulau itu dikatakan pernah menjadi lokasi bagi penjara Perancis yang beroperasi selama 100 tahun.
Lebih mengerikan, hanya sejumlah kecil sahaja banduan yang hidup selepas masuk ke dalam penjara itu.
Gambar Via Metro.coTidak cuma itu, sesiapa sahaja yang diusir dari Perancis oleh Maharaja Napoleon III akan dihantar ke penjara tersebut yang dibina pada tahun 1852.
Pulau Syaitan itu dihuni oleh tahanan politik dan juga penjenayah berprofil tinggi.
Puncak penjara itu pula dihuni oleh sekitar 80,000 orang pembunuh, pencuri dan penjenayah lain.
Dianggarkan 40 peratus tahanan telah meninggal dunia pada tahun pertama, dengan hanya 5,000 masih hidup untuk menunggu tarikh pembebasan mereka.
Gambar Via Metro.coTahanan yang kelaparan terpaksa melakukan kerja paksa selama 12 jam sehari, tinggal di sel-sel kecil dan kotor. Ada diantaranya yang hanya berukuran 1.8 x 2 meter.
Apabila tiba musim panas, ia menyebabkan penyakit merebak secara meluas.
Bukan itu sahaja, sesiapa yang meninggal dunia di pulau itu didakwa akan dimasukkan ke dalam kereta sorong dan dibuang ke laut untuk dimakan oleh ikan-ikan yang berada di dalam laut termasuk ikan yu.
Penjara ini didakwa beroperasi sehingga tahun 1953.
Sumber: Tribun Travel