Tindakan seorang lelaki sanggup menyewa sebuah lori dengan dipercayai menggunakan wang i-Sinar menjerat diri apabila dia ditahan pihak polis semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata suspek ditahan semasa dalam perjalanan dari Kuala Nerang ke Seremban, Negeri Sembilan dengan memandu lori jenis tiga tan di tahan di Jalan Tong Prok, Mukim Padang Kerbau kira-kira jam 12.45 malam tadi.
Katanya lagi, anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah terserempak dengan sebuah lori yang mencurigakan melalui kawasan tersebut. Polis kemudian meminta pemandu tersebut berhenti dan hasil pemeriksaan menemui sebanyak 80 beg kanvas dan guni berisi daun ketum kesemuanya seberat 1.5 tan.
Hasil daripada siasatan mendapati suspek diupah sebanyak RM 2,000 oleh seorang individu untuk membawa bekalan daun ketum yang dianggarkan berjumlah RM 22,000 ke Seremban.
Suspek dikatakan menyewa sebuah lori berharga RM 2,500 sebulan untuk menghantar pelbagai barangan termasuk perabot dan makanan dicekup ketika cuba menyeludup daun ketum.
Sumber: Kosmo