Seramai 16 orang kanak-kanak di Sepanyol telah didiagnos dengan simptom ‘serigala jadian’ selepas ubat yang sepatutnya digunakan untuk merawat alopecia dan keguguran rambut dijual sebagai ubat merawat masalah penghadaman bagi kanak-kanak.
Agensi Perubatan dan Produk Kesihatan Sepanyol mengesahkan bahawa gejala hypertrichosis, atau lebih dikenali sebagai ‘sindrom serigala jadian,’ telah tular sebanyak 17 kes yang telah dilaporkan oleh ibu bapa di tiga daerah Sepanyol setakat ini. Wabak tersebut telah menyebabkan ketumbuhan rambut yang melampau, sehinggakan rupa seseorang itu dipenuhi rambut yang seakan-akan serigala jadian.
Gambar: Berita HarianDifahamkan, kesemua ibu bapa kanak-kanak berkenaan memberi anaknya ubat yang bernama omeprazole, yang biasanya dijual di Amerika Syarikat dengan nama Prilosec.
Satu siasatan yang dibuat oleh agensi mendapati bahawa sebuah syarikat yang membuat ubat tersebut adalah yang patut dipersalahkan kerana ubat yang diambil oleh kanak-kanak tersebut telah dicemari dengan minoxidil iaitu sejenis penawar kepada keguguran rambut.
Kanak-kanak yang mengambil ubat tersebut didiagnos dengan gejala hypertrichosis, di mana ianya telah menyebabkan rambut dan bulu seseorang itu tumbuh dengan cepat di bahagian dahi, pipi, lengan dan juga kaki.
Susulan daripada itu, syarikat tersebut telah dilarang untuk mengilangkan segala jenis ubat sehingga insiden tersebut selesai dan kesemua ubat yang tercemar itu ditarik balik dari pasaran.
Sumber: ladbible