Seorang wanita ganas yang mempunyai masalah pedofilia akan dibebaskan dalam jangka masa yang terdekat setelah lebih kurang 7 tahun dipenjarakan di Britain.
Penjenayah ini melakukan seksual terhadap kanak-kanak didakwa mengambil 64 keping gambar kanak-kanak dan bayi daripada sebuah nurseri yang bernama Little Teds. Dia mempunyai keistimewaan di mana dia memberikan butiran yang kurang jelas dan membuatkan mangsa-mangsanya tidak mungkin dapat mengenalpasti.

Wanita yang berusia 49 tahun ini ditempatkan di rumahnya berhampiran Guildford, Surrey setelah membuktikan daripada pendengaran lisan oleh panel parol yang bertanggungjawab pada bulan ini.
Pada tahun 2009, Mr Justice Royce yang mengendali kes wanita ini telah menjatuhkan hukuman yang minimum selama tempoh 7 tahun. Walaupun dia berhujah seolah-olah menerima hukuman mati. Kebanyakkan ibu bapa tidak berpuas hati dan ada yang mengancam untuk membunuhnya.
Hakim Royce memutuskan bahawa dia akan dibebaskan hanya jika dia tidak lagi menjadi ancaman. Panel Lembaga Parol akan mempertimbangkan pelbagai bukti sebelum membuat keputusan. Yang penting, keselamatan orang awam akan dititikberatkan.
Sumber: Dailymail