Tugas seorang ibu bukan sahaja perlu mendidik anak-anak namun juga untuk melindungi mereka dari segala perkara yang tidak baik.
Namun berbeza pula dengan seorang ibu di Indonesia ini yang asyik berkaraoke sehingga tidak sedar dua orang anaknya telah ditemui lemas di dalam tangki septik.
Menurut laporan Tribunnews, kejadian itu berlaku di Desa Alurtani I, Tamiang Hulu pada Selasa lalu.
Kedua-dua mangsa yang berusia empat dan dua tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana disyaki lambat mendapat pertolongan.
Ketua Polis Tamiang Hulu, Iptu Delyan Putra menjelaskan bahawa lubang tangki septik itu berada di bahagian belakang rumah mangsa.
Gambar Via Tribunnews“Lubang itu sedang dibersihkan, sementara ibu mangsa membersihkan rumah, anak-anaknya bermain berhampiran lubang itu,” katanya.
Ibu mangsa menghabiskan waktu berehat dengan karaoke di dalam rumah dengan volume yang tinggi.
Dia menyedari keadaan kedua anaknya setelah lama tidak melihat mereka yang sebelum itu berulang-alik di kawasan rumah.
“Setelah mencari, ternyata kedua-dua anaknya sudah berada di dalam lubang tangki septik,” ujar Delyan.
Wanita berusia 35 tahun itu menjerit ketika melihat anaknya sudah berada di dalam lubang dalam keadaan tidak bergerak.
Mendengar jeritan itu, jirannya segera datang melompat ke dalam tangki septik untuk membantu anak-anaknya.
Kedua-dua mangsa selepas itu dibawa ke hospital namun pasukan perubatan menyatakan bahawa adik-beradik itu telah meninggal dunia.
Sumber: Tribunnews