Siapa sangka, percutian tiga ahli keluarga ini ke sebuah pantai berakhir dengan tragedi apabila tebing tinggi di situ telah runtuh dan ‘menguburkan’ mereka hidup-hidup, lapor Daily Mail.
Pihak berkuasa telah mengenal pasti mangsa sebagai pasangan suami isteri dan seorang anak lelaki yang berusia tujuh bulan.
Gambar Via Daily MailKejadian yang berlaku di Rio Grande do Norte, bahagian timur laut Brazil itu menyaksikan anak lelaki mereka masih berada dalam pelukan ibunya.
Seorang peniaga di pantai tersebut berkata bahawa bayi itu masih lagi bernafas ketika orang ramai cuba menyelamatkan mereka dari runtuhan malah seorang doktor dipanggil untuk merawatnya namun dia tidak dapat diselamatkan.
Bukan itu sahaja, anjing peliharaan keluarga itu juga turut ditemui mati.
Gambar Via BernamaPasang surut yang melanda pangkalan tebing menyebabkannya terhakis dari masa ke masa sehingga memaksa pegawai bandar meletakkan tanda amaran kemungkinan tanah runtuh.
Jurucakap kerajaan, Fabio Pinheiro berkata bahawa keluarga itu telah diberitahu mengenai kemungkinan risiko berada berhampiran tebing oleh pegawai terlibat beberapa saat sebelum kejadian itu.
Jabatan Bomba Rio Grande do Norte pula belum mengeluarkan kenyataan mengenai punca yang menyebabkan tebing tersebut runtuh.
Sumber: Daily Mail