Ayam Belanda Dihukum Mati
Gambar via Daily Star

Didakwa Patahkan Pinggang Lelaki, Sekumpulan Ayam Belanda Dijatuhi Hukuman Mati

Faiz Mustafa

Didakwa Patahkan Pinggang Lelaki, Sekumpulan Ayam Belanda Dijatuhi Hukuman Mati

Seorang lelaki mengalami kecederaan patah tulang pada bahagian pinggul selepas dilaporkan diserang oleh sekumpulan ayam belanda dan seekor ayam jantan di wilayah British Columbia, Kanada pada Julai lalu.

Difahamkan, pihak Chase Royal Canadian Mounted Police (RCMP) telah menerima laporan tersebut dan bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan ke atas lelaki tersebut di sebuah rumah di Celista.

Ketika pihak Chase RCMP tiba, mereka mendapati lelaki tersebut telah pun mengalami kecederaan setelah diserang oleh haiwan-haiwan itu. Mangsa juga telah menerima rawatan perubatan dengan kecederaan termasuk patah tulang pinggul dan dua jari serta beberapa luka.

Dalam pada itu, kedengaran agak pelik dan jarang berlaku, Sarjan Barry Kennedy berkata, haiwan tersebut akan dijatuhkan hukuman mati di atas kesalahan jenayah yang ia lakukan terhadap lelaki tersebut. Nampaknya, spesies bukan lagi isu penghalang jika melibatkan keadilan kepada RCMP.

Terdahulu, dalam tragedi yang hampir sama, dua kanak-kanak dilaporkan maut apabila dirempuh oleh seekor seladang, manakala ibu mereka berada dalam keadaan kritikal selepas insiden itu.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA JUGA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: Daily Star