Kebanyakan pembinaan bangunan pada hari ini menggunakan konsep seni bina moden, termasuklah rumah, bangunan komersial, institusi dan tidak terkecuali masjid serta surau di lokaliti-lokaliti tertentu.
Pada fahaman kita, setiap seni bina moden itu mestilah perlu bergantung sepenuhnya pada teknologi kan? Misalnya sumber pengudaraan bangunan yang menggunakan alat penyaman udara sepenuhnya.
Namun percaya atau tidak, sebenarnya wujud bangunan surau moden yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional pada sumber pengaliran udaranya. Demikianlah seperti yang dikongsikan di laman Facebook Muhammad Harris Nasril baru-baru ini.
“Solat di surau macam ni selesa tak? Air cond tak ada. Ada kawan kata kalau ada air cond baru selesa solat.”
Gambar: Mosqpedia
Gambar: MosqpediaMuhammad Harris berkongsi mengenai reka bentuk sebuah surau di Nusa Idaman, Johor Bahru yang dibina dengan konsep unik, iaitu tanpa mempunyai alat penyaman udara mahupun kipas syiling!
Kalau anda lihat gambar-gambar di bawah, surau ini dibina bersama dinding yang berlubang-lubang. Jangan risau, walaupun satu kipas pun tiada, tetapi lubang-lubang inilah yang menjadi sumber pengudaraan semulajadi surau tersebut.
Untuk makluman, reka bentuk surau ini adalah hasil cetusan idea dan ‘air tangan’ badan arkitek tempatan, iaitu Razin Architects.
“Walaupun banyak kekangan dan kekurangan sepanjang pembinaannya, Nusa Idaman telah berjaya di ubah menjadi sebuah bangunan yang luar biasa dengan struktur asas yang ringkas, direka untuk menggambarkan sebuah masjid moden yang sederhana namun dibina dengan menarik untuk kegunaan masyarakat setempat,” kongsi Muhammad Harris.
Jom kita tengok satu-persatu suasana unik di Surau Nusa Idaman di bawah ini.
Gambar: Mosqpedia
Gambar: MosqpediaDalam pada itu, beliau juga mengulas lanjut unsur yang diguna pakai untuk mendirikan surau ini.
“Reka bentuk dengan ruangan terbuka, masjid ini berkait rapat dengan kitaran angin, kemasukkan cahaya, air dan unsur alam yang lain. Ini boleh diterjemahkan sebagai peringatan kepada kita umat muslim tentang unsur penting yang membentuk alam.
“Ia juga dapat mendekatkan manusia dengan alam sekitar dan mengingati kebesaran Sang Pencipta. Unsur hijau yang diterapkan dalam reka bentuk ini adalah dengan persetujuan penduduk kampung di situ. ia juga adalah satu inisiatif untuk membuka mata penduduk kampung tentang seni bina lestari,” katanya.
Untuk makluman, kos pembinaan Surau Nusa Idaman ini adalah sekitar RM70,000.
Gambar: Mosqpedia
Gambar: Mosqpedia
Gambar: Mosqpedia
Gambar: Razin Architects/Muhammad Harris
Gambar: Razin Architects/Muhammad Harris
Gambar: Razin Architects/Muhammad HarrisSumber: Facebook Muhamad Harris Nasril, Razin Architects