Dia Takut Nak “Join” Ekspedisi Itu, Tetapi Dia Lakukannya Demi Bapanya – Ibu Saudara Mangsa Kapal Selam Titan
Ibu saudara kepada mangsa termuda dalam kapal selam Titan mendedahkan bahawa anak saudaranya itu sebenarnya takut dan hanya ikut serta demi membuatkan ayahnya berasa kagum.
Azmeh Dawood, adik kepada penumpang jutawan Pakistan, Shahzada Dawood berkata bahawa dia sempat bercakap dengan Suleman sebelum kapal itu berlepas.
Kata Azmeh, Suleman sempat mengadu kepadanya bahawa anak saudaranya itu “takut”, tetapi dia tetap mengikuti perjalanan itu bersama bapanya.
Dia bertindak demikian kerana mahu meluangkan masa bersama bapanya bersempena dengan Hari Bapa pada hujung minggu tersebut.
Azmeh turut menambah bahawa, Suleman turut menyataka bahawa dia “tak berminat sangat untuk mengikuti ekspedisi itu” manakala abangnya iaitu Shahzada Dawood sangat obses dengan Titanic sejak dari kecil lagi.
Kredit AFPSemalam, selepas pegawai penyelamat mengaitkan serpihan yang ditemui itu dengan kapal yang hilang, OceanGate mengumumkan bahawa penumpang di dalam kapal itu telah pun meninggal dunia.
Pegawai Pengawal Pantai berkata kapal selam itu nampaknya mengalami “tekanan udara,” sebelum meletup di dalam lautan.
Letupan seperti itu kebiasaannya akan berlaku dengan cepat, dalam beberapa milisaat sahaja, menurut Journal of Physics: Conference Series.
Letupan itu berkemungkinan telah membunuh semua penumpang dengan serta-merta.
“Jika anda memberi saya satu juta dolar, saya tidak akan masuk ke dalam Titan,” kata Azmeh Dawood kepada NBC.
Suleman Dawood ialah ‘peminat setia sastera sains fiksyen dan suka mempelajari perkara baharu. Beliau juga suka bermain bola tampar, menurut laporan BBC.
Suleman merupakan pelajar di Universiti Strathclyde dan berada di tahun pertama di Strathyclyde Businees School.
BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu
Bapanya, Shahzada Dawood adalah naib pengerusi di Engro Corporation, salah satu syarikat baja terbesar di Pakistan. Beliau juga menjalankan perniagaan Dawood Hercules Corporation Limited yang berfokus pada telekomunikasi dan pertanian.
Beliau juga memiliki Yayasan Dawood, sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada akses pendidikan di Pakistan.
Keluarga Dawood dipercayai telah mengembara ke Kanada dari London sebelum Shahzada dan Suleman menaiki Titan.
Sumber: Insider