Viral di media sosial, seorang guru mencari rangkaian internet dan memanjat bumbung rumahnya setiap kali urusan pembelajaran dalam talian.
Guru yang berada di Desa Pulau Geronggang, Kabupaten Pedamaran Timur, Kabupaten Ogan Komering Ilir (OKI), Sumatera Selatan (Sumsel).
Memetik laporan artikel daripada Tribunsumsel.com yang menghubungi Soncik, seorang guru di SD Negeri 1 Maribaya yang mengalami kesukaran mendapatkan rangkaian internet semasa mengajar dalam talian, kawasan yang didiami guru tersebut dikatakan sukar mendapatkan talian internet.
“Sememangnya di Desa Pulau Geronggang, sangat sukar untuk mencari isyarat internet, ditambah dengan adanya surat pekeliling pemerintah pada bulan Mac 2020 mengenai pembelajaran dalam talian,”
“Setiap hari saya harus naik ke bumbung rumah dan mengalami kesukaran kerana isyaratnya rendah (hilang-hilang)”
Ditambahnya lagi dengan keresahan, ada beberapa pelajar harus pergi ke daerah lain untuk mendapatkan sambungan internet.
“Kawasan kami ini ada 7 daerah, dan daerah ini adalah satu-satunya kawasan yang tidak mempunyai menara jaringan internet. Oleh itu, kebanyakan pelajar harus pergi ke daerah lain demi mengambil bahagian dalam pembelajaran dalam talian,” jelas Soncik.
Ketua Desa Pulau Geronggang, Syamsul Bahri, menjelaskan bahawa hampir semua pelajar dan guru mengeluh kerana terpaksa mengajar dalam sistem talian yang memerlukan isyarat internet.
“Sangat sukar, bagi pelajar untuk mendapatkan isyarat internet. Malah, secara berkumpulan mereka biasanya pergi ke kampung lain di daerah sama seperti Sumber Hidup dan Gading Raja agar dapat belajar,”
“Ada juga cara lain, iaitu memanjat bumbung rumah atau mencari tempat yang lebih tinggi. Kerana jika berada di tempat rendah tidak mungkin mendapatkan isyarat internet,” kata Kades. Dia juga berharap agar di masa depan penduduk Desa Pulau Geronggang, yang terdiri dari 12 dusun, dapat menikmati jaringan internet yang lebih bagus seperti kawasan-kawasan lain.
Sumber : Tribunsumsel.com