Seorang bapa sanggup berpakaian seperti perempuan dan hadir ke sekolah demi memberikan anak-anaknya pengalaman menyambut Hari Ibu di sekolah di Sekolah Amal Wat Trai Rattanaram di wilayah Kanchanaburi, Thailand.
Melalui gambar dan posting yang dimuat naik dilaman Facebooknya, lelaki tersebut dilihat memakai gaun bewarna merah jambu lembut selain turut meletakkan reben di kepalanya.

Menurut laporan tempatan, sekolah-sekolah di seluruh negara Thailand mengadakan sambutan upacara tahunan sempena Hari Ibu peringkat negara pada Ahad lalu.
Oleh itu, setiap sekolah di serata negara itu merayakan upacara itu pada Jumaat dimana para pelajar perlu menghadiahkan bunga kepada ibu masing-masing sebagai tanda kasih sayang, penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan mereka membesarkan anak-anak.
Bagaimanapun, bagi memenuhi permintaan anaknya, Chatchai Parn-uthai yang berstatus duda anak dua ini, mengambil keputusan untuk menghadiri acara tersebut dengan lengkap berpakaian seperti perempuan.
Dia memuat naik beberapa gambar pada hari tersebut dengan kapsyen: Saya seorang duda dengan dua orang anak. Saya boleh buat apa saja.

Posting yang menyentuh hati itu menerima lebih dari 20,000 perkongsian di Facebook dalam masa enam jam di muat naik.
Rata-rata netizen memuji tindakan Chatchai Parn-uthai yang membuktikan bahawa seorang bapa mampu berkorban apa sahaja demi kebahagian anak mereka.
Sumber- Chatchai Parn-uthai