Pasti ramai diantara kita yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.
Semua orang tahu bahawa untuk menurunkan berat badan ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Tiada jalan pintas untuk mendapatkan tubuh badan yang diinginkan.
Ianya hanya boleh dicapai dengan keazaman, disiplin yang tinggi, serta cara amalan gaya hidup sihat yang betul.
Justeru daripada itu, seorang pengguna Facebook bernama Adora Shafini Kamel ada berkongsikan tentang caranya menurunkan berat badan daripada 85kg ke 65kg dalam masa hanya 6 bulan sahaja.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
June 2020 (85kg)
Nov 2020 (65kg)
Total lost : 20kg
Yang saya amalkan:
1. Mindset : Stop bagi alasan dan tipu diri sndiri
2. Calorie Deficit : DSSS cara paling senang nak maintain CD, tapi saya memang lagi sikit makan dari DSSS.
3.Walking (exercise paling senang): saya follow youtube channel Leslie Sensone
4.Kurangkan benda manis sangat-sangat. Saya notice kalau makan benda manis, tak makan benda lain pon berat xmo turun. Sebab gula tu KALORI tinggi.
Nikmat skrg: BMI dah masuk paras normal, tekanan darah normal, menstrual teratur, dah lama x ambil inhaler untuk sakit asma/lelah.
Gambar: Adora Shafini KamelSeperti yang dikongsikan kepada Siakap Keli, cik Adora Shafini Kamel menyatakan bahawa sebelum ini dia mengenakan pakaian dengan saiz XXL, namun sekarang sudah boleh memakai baju bersaiz lebih kecil iaitu M atau S.
Semoga perkongsian daripada gadis ini akan dapat menjadi inspirasi kepada semua orang yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.
Sumber: Adora Shafini Kamel Via DSSS