Seorang wanita telah mengejutkan para penumpang sebuah pesawat setelah dia bertindak keluar dan menuju ke arah sayap pesawat tersebut untuk menyejukkan badan, lapor Mirror.
Kejadian yang berjaya dirakam itu menunjukkan bahawa wanita tersebut berjalan di atas sayap selepas dia membuka pintu kecemasan kerana mendakwa dirinya terlalu panas.
Gambar Via MirrorWanita yang dipercayai berasal dari Ukraine kembali dari percutian di Turki ketika dia bergegas turun dari pesawat setelah mendarat di Lapangan Terbang Boryspil di Kyiv.
Menerusi rakaman tersebut, dia dilihat sedang berdiri di atas pesawat Boeing 737-86N yang merupakan penerbangan dari Antalya.
Gambar Via Mirror“Pesawat telah mendarat dan hampir kesemua penumpang sudah turun. Wanita itu berjalan dari dalam ke laluan kecemasan, membuka pintu dan keluar,” kata salah seorang penumpang.
Melihat kelakuan itu, juruterbang telah menghubungi pengawal sempadan, polis dan ambulans.
Gambar Via MirrorWanita itu tidak mampu menjelaskan mengapa dia melakukan perbuatan sedemikian kepada pihak polis. Dia mengatakan bahawa dirinya terlalu panas.
Ujian juga menunjukkan bahawa dia tidak mabuk atau berada dalam pengaruh dadah.
Sumber: Mirror UK