Kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata. Tanpa diduga, nikmat kesihatan boleh hilang secara tiba-tiba. Namun ujian tidak mematahkan semangat seorang pemuda bernama Khairul Nazli ini. Biarpun patah rahang dan kehilangan sebaris gigi hadapan, beliau tetap bangkit meneruskan hidup dengan penuh sifat positif.
Segalanya bermula ketika tragedi pada 18 Jun tahun lalu. Gara-gara jalan yang berlubang, motosikal Khairul terbabas dan membuatkannya terpelanting lalu mendarat atas dagu sendiri.
“Selalu aku tengok orang patah rahang ni dalam filem aksi je. Tak sangka, aku sendiri sekarang yang sedang lalui benda ni.”
Kemalangan selepas habis berprogram
Kata Khairul, tragedi tersebut berlaku sejurus selepas beliau selesai berprogram di Cheras. Dalam perjalanan ke kedai makan, dia terhumban daripada motosikal setelah terlanggar lubang di atas jalan.
Banjir darah
Jelasnya, beliau berasa amat kebas dengan keadaan darah mencurah-curah. Malah, giginya juga tercabut impak kemalangan itu.
Dari skala 1 hingga 10, sakitnya skala 12!
Ujar Khairul, kesakitan yang dialami bagaikan hampir mati. “Nak pitam rasa tapi tak pitam.”
Katanya lagi, semasa berada di hospital menunggu giliran untuk di scan, kesakitan yang dialaminya seolah-olah macam nak mati.
Muka penuh dengan bius, yang terbelah dicantum kembali
Ngeri. Kecederaan Khairul dirawat di hospital. Segala bibir dan dagu yang terbelah dicantum kembali. Gigi yang tertolak ke lelangit juga terpaksa dicabut.
X-ray tunjukkan patah rahang
Tambahnya, ujian sinar-X menunjukkan beliau mengalami patah tulang kiri. Namun setelah membuat imbasan Computer Tomography (CT scan) mendapati kecederaannya lebih serius dari sebelumnya. Rahang kini kanan patah, dagu dan hidung patah, gigi geraham banyak yang pecah. Akibatnya, Khairul terpaksa memakai arch bar,
Bernafas dengan tiub di leher, muka macam zombie
Jelas Khairul, lehernya turut ditebuk untuk membolehkannya bernafas (tracheostomy).
7 batang gigi hilang, ingat lagi gusi bagai disiat-siat
Lopak jalan adalah pembunuh
Kemalangan akibat jalan berlubang bukanlah perkara asing. Malah, ada kemalangan yang meragut nyawa berpunca daripada lubang di atas jalan.
Menurut Khairul, lubang di jalan yang menyebabkan dia kemalangan dibaiki selepas 3 hari kejadian ngeri itu menimpa dirinya.
Disebabkan satu lubang, aku takdak gigi, makan macam pakcik tua
Ambil pengajaran
Khairul sempat menitipkan beberapa pesanan untuk orang ramai di luar sana baik yang sedang teruji dengan nasib serupa mahupun yang sedang sihat sejahtera.
Sumber: Khairul Nazli