Dalam dunia ini semua makhluk tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan, malah tarikh kematian juga menjadi rahsia yang dipegang oleh yang Maha Kuasa.
Tiada juga yang menjangka cara bagaimana kita pergi menghadap Ilahi kerana ia merupakan ketentuan yang diaturkan oleh Maha Pencipta, namun apabila melibatkan kematian, semestinya ia perkara yang agak menakutkan buat manusia.
Lebih-lebih lagi apabila kematian itu dianggap sebagai kematian mengejut, sudah pastinya ia akan menjadi saat-saat sukar buat ahli keluarga untuk menelan kenyataan perit itu.
Kongsi momen saat-saat terakhir di Instagram
Semalam kita dikejutkan dengan kematian Allahyarhamah Nurul Nazihah yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Kulai, Johor sehingga dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Bagaimanapun tidak ramai yang tahu, beberapa jam sebelum tragedi berlaku, Nazihah rupanya sempat berkongsi momen-momen indah bersama suami di ruangan InstaStory.
Pada petang semalam, Nurul Nazihah terlihat gembira di samping suami semasa mereka sedan dalam perjalanan untuk berjumpa pelanggan dipercayai bagi berbincang mengenai kad insurans perubatan.
“Harini teman husband (suami) pergi appointment dengan client, semoga dipermudahkan urusan,” ujarnya menerusi video itu.
Hanya kegembiraan yang terpancar di mukanya, ditambah pula dengan raut wajahnya yang manis, serta-merta menjadikan dia gadis yang tergolong dalam wanita memiliki wajah ayu.
Bagaimanapun pada sebelah malamnya, kegembiraan mereka berubah sekelip mata apabila Nurul Nazihah bersama-sama suaminya terlibat dalam kemalangan yang melibatkan dua buah lori dan tiga buah kenderaan lain.
Tiada ‘klu’ yang diberi dan tiada juga yang menjangka perkara itu akan berlaku sepantas seperti angin yang lalu, sehinggalah Nazihah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Dalam video tersebut juga dia sempat menitipkan kata-kata peringatan yang menjentik hati buat semua pengikut yang mengikutinya di laman Instagram miliknya.
“Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami,” katanya di ruangan InstaStory tersebut.
Tangkap layar InstagramAyatnya mungkin tampak ringkas tetapi ia memberi 1,001 maksud di mana hanya Allah sahaja yang memberikan pelindung yang lebih baik kepada umat manusia dan hanya perlu bergantung harap kepada-Nya.
Gambar terakhir yang disiarkan oleh Nurul Nazihah di laman Instagram miliknya merupakan gambar dia bersama suami dan ibu bapanya sebelum berangkat menunaikan umrah pada minggu lepas.
Sementara itu jelas bapanya, impiannya untuk pergi ke umrah akhirnya tercapai sebagai jalan ikhtiar dan doa supaya dikurniakan zuriat untuknya dan juga suaminya.
Kemalangan yang menyayat hati, Nurul Nazihah turut meninggalkan kata-kata terakhir buat sang suami yang tercinta semasa dia tersepit di dalam kereta ketika kejadian pilu itu berlaku.
“Awak keluar kereta dulu,” kata-kata terakhir olehnya sebelum mereka berpisah buat selamanya.
Rindu yang tidak berpenghujung, lahirnya tiada ganti, begitulah hidup manusia yang sering diuji oleh Maha Pencipta, semoga arwah berada dalam kalangan orang beriman dan urusan dipermudah untuk suaminya pada masa hadapan.
Sumber: Instagram @nazihaharifin via Twitter @k1m1eee
BACA: “Awak Keluar Kereta Dulu,” Kata-Kata Terakhir Nurul Nazihah Pada Suami