Seramai 2,779 warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan telah dijangkiti COVID-19 selepas dua dos suntikan vaksin dengan majoriti daripada mereka adalah kategori 1 dan 2.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, KKM telah melakukan saringan berkala kepada semua petugas-petugas kesihatan yang merawat pesakit-pesakit Covid.
“Kita dapati, mereka yang dijangkiti selepas mendapat dua dos suntikan, dua minggu selepas dos yang kedua adalah seramai 2,779 warga KKM dan daripada jumlah tersebut, kategori 1 dan 2 adalah majoriti, kategori 3 dan kategori 4 hanya tiga orang sahaja,” katanya.
Justeru menurutnya, kebanyakan jangkitan selepas divaksinasi mempunyai gejala yang ringan atau pun tiada gejala langsung.
Sumber: Bernama TV