
Jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan Covid-19 adalah sebanyak 965 dilaporkan setakat 14 Februari 2021 berdasarkan laporan daripada CPRC Kebangsaan.
Perkara ini dilaporkan melalui Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan bahawa semalam, antara 7 kes kematian yang dilaporkan, termasuklah seorang kanak-kanak berusia 9 tahun.
Mangsa seorang kanak-kanak lelaki yang dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas meninggal dunia akibat Covid-19 dan mempunyai sejarah penyakit medulloblastoma.

Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.
Sumber: KKM